Kawan-kawan saya

Monday, April 16, 2012

Nak kongsi juga : Kisah Irdina Menyusu Susu Bonda

irdina menyusu susu bonda @ 16 Bulan ++



Hujung minggu lepas, as usual Irdina akan menyusu 
macam biasa dengan Zah.
Kalau minggu-minggu sebelum ni Zah ok je, layan je dia menyusu tak terasa sangat penat dan letih...tapi kali ni, Allah je tahu betapa Zah kena KUAT untuk Irdina.

Menyusu semasa mengandung adalah satu cabaran besar sebenarnya. Zah selalu advice ibu-ibu yang bertanya dan sekarang Zah sedang laluinya. Sejujurnya, masa hujung minggu lepas Zah cuba untuk beri Irdina susu perahan guna botol semasa waktu malam, mean sulam-sulam juga dengan penyusuan secara terus...tapi bila Irdina meraung-raung nak susu dari bonda, luluh hati Zah. Sakit macamanapun Zah gagahkan juga menyusukan dia.

dan akhirnya, sepanjang hujung minggu Irdina hanya menyusu dari bonda.
cukup atau tak keperluan Irdina?
Irdina tidak bergantung dengan susu sahaja, so bila dia makan dan minum
Zah rasa Irdina ok.
Bila malampun Cloth Diaper Irdina basah, Irdina buang air besar macam biasa..so, kesimpulannya...Zah tahu setakat ini susu Zah cukup je untuk Irdina.
Tambah pula bila dia menyusu tu dengar juga air susu yang ditelannya..

Kalau orang tanya adakah Zah akan berhentikan Irdina
 dari menyusu dengan Zah?
Zah akan jawap sudah tentu tidak sebab Zah tak bersedia,
Alhamdulillah...walau sedikit penat dan rasa sakit dia aerola Zah akan cuba teruskan perjalanan Indah antara Zah dan Irdina ni..

Mungkin sebab Zah perlukan tenaga untuk diri sendiri, untuk baby dan untuk Irdina makanya Zah cukup time je mesti nak makan dan minum. Laparla..hehehe nak makan pun senang, order je dengan abang..so dia akan cari.

Susu perahan waktu tengahari dan petang : 4-5 oz

Susu Perahan waktu pagi : 5 - 8 oz

Zah masih meneruskan memerah di pejabat, kuantiti dah tak sama, tapi untuk back up kena juga teruskan perahan :)
Zah kata kat suami, mungkin Allah nak aturkan Zah satu pengalaman yang sangat-sangat berguna untuk ibu-ibu lain kelak. Dari seorang yang tegar mengepam sahaja, boleh menyusukan secara terus dan kini meneruskan penyusuan walau mengandung..InsyaAllah, penyusuan susu ibu selamat selagi ia tidak memudaratkan. Dengan penyusuan susu ibu juga zah boleh rehat dan berbaring dengan Irdina.

Doakan Zah ya kawan-kawan.

Salam Kasih, 
Izzah.


4 comments:

Ely Hasrul said...

slm, 1st time baca blog nih. oh zah pegnen ke? whoahh semoga zah makin kuat semangat okeh, sblm nih sy pegnen smpai 5bln last2 pujuk sami boy benti sbb xlarat tp sami boy time tuh dh 3thn stgh so ok sgt la hihi.. semoga susu zah byk dan bleh susu dgn tenang.

izzah azfar said...

kak ely,

terharunya bila akak baca blog zah :)

emm...tulah if Irdina dah besar maybe taklah susah sangat suruh berhenti,
tpi ni masih kecil..huhu so far susu tu masih ada kak, perahpun ada lagi,tp tulah sakit dan letih sikit masa bf dan preggy ni.

tq kak sbb baca blog zah :)

ummu abdullah said...

Salam k.izzah,

rupanya mmg macam tu ye rasa bila menyusu waktu preggy.sy smpai nangis2 sakit dan penat lbih2 lg waktu mlam bila anak asyik memerap je.anak sy lg kecik lg nk buat camana,rezeki dia nak dapat adik awal.doakan sy tabah juga..

armouris said...

terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics