Tuesday, April 17, 2012

Minum Susu Perahan

Bukan mudah untuk menukar kegemaran seseorang.

Terutama bila dah jadi kebiasaan dan kesukaan pula.

Atas sebab kesihatan yang tidak berapa stabil sekarang

Semuanya bermula bila Zah memerah semalam,

Perut rasa tegang, bahagian ari-ari tu rasa sangat ngilu..

Risaunya hati..

dengan kerjasama suami dan pengasuh anak

Zah cuba untuk ajar Irdina minum EBM dalam botol.

Syukur sebab EBM cukup untuk Irdina,

Rasanya kalau dihitung cukup untuk 6 bulan lagi.

Tapi kalian, keputusan ini sangat sukar sebenarnya.

Zah bukan seorang yang kuat untuk lawan perasaan sendiri

Melihat Irdina yang menangis semalam dan pagi tadi

Terasa luluh jantung ni

Tapi kalian,

Untuk baby dalam kandungan ni

Mahu tak mahu Zah perlu juga buat sesuatu untuk jaga satu lagi nyawa dalam perut.

Kalian,

Mohon doakan Zah kuat,

Penyusuan susu ibu ini bukan semata-mata susu.

'Bonding' dan jiwa Zah bersatu dengan anak-anak..

Allah..


Salam Kasih,
Izzah.


5 comments:

jaja_norliza said...

salam izzah....
kuatkan semangat...teguhkan hati...
sy sgt paham ape yg izzah rasa...
jd kan pengalaman sy sebagai pengajaran... baby dlm perut pun perlu di jaga...
irdina masih beruntung kena msih minum EBM!
zah sabar yer.....

~farah~ said...

kalo rasa sakit jgn push very hard ok, pelan2..maybe boleh alihkan perhatian dia, agak2 dia nk tido tu bf sat, pastu lepaskan bila dia dh lelap. lelama biasa :) tak care!

izzah azfar said...

kak jaja : zah ada baca semalam tentang tu..hope akak kuat..

doakan zah ye kak

izzah azfar said...

farah : yup..perlahan-lahan akak gagahkan juga.

~farah~ said...

*take care :P

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics