Monday, April 23, 2012

Laporan SGM kali ke 4 : Green Parenting Club


Alhamdulillah, Perjumpaan kali ke empat untuk tahun 2012 bagi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Pulau Pinang telah berlangsung pada 21 April 2012 bersamaan hari sabtu dari jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang.

Kali ini, ahli jawatankuasa sepakat untuk menamakan kumpulan sokongan ini sebagai "Green Parenting Club" ataupun "Kelab Keibubapaan Hijau". Kumpulan sokongan yang ditubuhkan ini akan memfokuskan kepada 'natural parenting' dan menyokong kepada penyusuan susu ibu, pemakaian kain lampin moden, baby wearing , dan lain-lain kaedah keibubapaan alami. Ini bermakna, fokus kumpulan sokongan lebih besar dan mahu menyebarkan kemahiran keibubapaan yang semulajadi kearah bumi hijau melalui pelbagai cara seperti penyusuan susu ibu dan lain-lain.

Perjumpaan kali ini dihadiri oleh 25 orang ibu berserta anak-anak dan merupakan salah satu perjumpaan yang dilihat sangat berjaya kerana semua peserta sama-sama berinteraksi dengan moderator iaitu Puan Norashida Abd Rahman, Pakar Laktasi IBCLC.

Fokus perjumpaan kali ini adalah kepada tajuk perbincangan "Gadjet Penyusuan : Keperluan atau kehendak" mendapat reaksi positif apabila semua peserta yang hadir memberikan pendapat masing-masing mengenai gadjet-gadjet berkenaan. Perbincangan ini lebih santai dimana, peserta diminta melukis gadjet-gadjet yang diberikan oleh moderator dan peserta lain akan menjawap berdasarkan pengalaman dan keperluan masing-masing.

Antara gadjet-gadjet penyusuan yang dibincangkan adalah seperti berikut :-


Nursing Stool


Kalau dekat luar negara, penggunaan nursing stool adalah wajib, cuma di negara kita sahaja penggunaannya tidak berapa meluas.
Kerusi kecil ini digunakan seperti gambar di bawah.



Ibu akan lebih relaks semasa menyusukan anak,
selain itu, tips ini boleh digunakan jika ibu sedang mengandung dan bekerja yang perlu duduk lama dikerusi
letakkan kaki anda diatas kerusi atau kotak untuk pastikan aliran darah mengalir dengan lancar, kaki tak bengkak dan sakit pula.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak
Terpulang untuk seseorang ibu itu mahu menggunakannya atau tidak
dimana Nursing Stool akan menambah keselesaan ibu semasa menyusukan anak.

*************************************************
Hot and Cold Pack

Ini juga merupakan salah satu alternatif yang dilihat menjadi kegemaran untuk setiap ibu yang menyusukan anak mereka.
Kegunaan Hot and Cold Pack adalah semasa bengkak susu mahupun ketika diserang mastitis.
Namun demikian semasa perkongsian pada hari tersebut, ada alternatif lain boleh digunakan seperti menggunakan daun kobis dan tuala yang dituam dengan air panas atau penggunaan ice pack.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak
Ramai ibu yang hadir bersetuju gadjet ini hanya sebagai memenhu kehendak dan tidak berapa penting kerana terdapat alternatif lain untuk mengatasi masalah bengkak susu.

****************************************************************
 

Deep Frezeer

Semasa perbincangan berlangsung, ada ibu yang berkongsi bahawa mereka tidak perlukan deep frezer semasa meneruskan penyusuan anak mereka. dengan peti ais 2 pintu sahaja mereka sudah boleh menyimpan susu perahan. tiada alasan katanya. - Kak Aishah Megahasz

Namun, ada juga ibu yang perlukan deep frezer ini :) - Namun demikian, ada atau tiada deep frezer bukanlah bermakna tidak boleh meneruskan penyusuan ya, lihat keperluan dan kesesuaian kita.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak

*******************************************************************

 

Pam Payudara (Breast Pump)

Rata-rata ibu yang hadir bersetuju yang breast pump atau pam payudara adalah satu keperluan yang memudahkan mereka untuk meneruskan penyusuan selepas kembali bekerja. Terdapat pelbagai jenis pam payudara di pasaran, namun demikian adalah disarankan setiap ibu memilih pump payudara yang berfred hospital. Selain itu, ibu-ibu juga disarankan untuk belajar memerah menggunakan tangan memandangkan dengan perahan tangan susu akan diperah dengan lebih berkesan. Salah seorang nurse yang memiliki pengalaman hampir 30 tahun telah hadir semasa perjumpaan ini juga menyatakan bahawa kebergantungan kepada pam payudara sahaja akan berikan kesan tidak langsung dimana apabila pump yang digunakan hanya menyedut susu dan tidak merangsang sepenuhnya susu dari payudara, ibu mungkin akan mengalami masalah lain seperti lump yang boleh menyebabkan  breast cyst .


Nota Green : Ini adalah satu keperluan kepada ibu bekerja.

**********************************************************************
 

Nursing Bra

Rata-rata ibu yang hadir berpendapat mereka memerlukan nursing bra terutama ketika menyusukan anak. Nursing bra memudahkan penyusuan mereka dan juga memanjangkan hayat penggunaan bra tersebut.
namun demikian, ada juga ibu yang tidak menggunakannya. Oleh itu, ini adalah kehendak mengikut selera masing-masing. Kejayaan penyusuan tidak bergantung kepada pemakaian bra penyusuan. Yang penting ibu selesa dengan apa yang dipakai oleh mereka.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak 

*********************************************************************************

Baju Menyusu (Nursing Ware)

Kini, makin banyak design-design baju menyusu dipasaran. rata-rata ibu yang hadir berkata mereka tidak terlalu bergantung dengan baju menyusu semasa menyusukan anak mereka. Mereka lebih memilih untuk memakain baju yang mesra dengan penyusuan seperti baju kurung yang longgar dan selesa dipakai.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak

**************************************************************
  

Sterilizer
Rata-rata ibu yang hadir bersetuju bahawa gadjet ini bukanlah satu kemestian.
Tips yang boleh digunakan adalah dengan menyiramkan botol-botol dan peralatan memerah dengan air yang telah dididihkan...

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak

*******************************************************************

Nursing Cover
Rata-rata ibu bersetuju bahawa penggunaan Nursing Cover bukanlah satu kemestian yang perlu ada dalam list untuk menyusukan anak, namun demikian adalah kebanyakan ibu yang bekerja boleh memilih untuk menggunakan nursing cover jika memerah di meja sendiri tanpa menunjukkan aurat mereka.

Nota Green : Ini bukanlah keperluan tetapi kehendak

*************************************************************************

Laporan akan ditambah selepas ini.

"Menyusukan anak dengan susu ibu buat bonda lebih puas"

* Gambar bersumberkan google*


Salam Kasih,
Izzah
Malaysian Breast feeding Peer Counselor







6 comments:

wawan said...

Ok.. At last dpt jgk tau yg strelizer tu just kehendak je. Hurm.. Lg 1 yg sy musykilkan.. Cane nak rangsang bg ada susu badan ek? Sy 8months preggy skrg tp xde susu lg pun. Normal tak? Kwn sy bgtau sy kena start pumping breast guna manual breast pump start dari skrg kalau betul nak bg exclusive bf kat baby nanti. Betul ek?

izzah azfar said...

wawan :

macamana wawan tahu yang susu ibu tiada?hehehe insyaAllah, selepas melahirakn, susukan anak terus dekat breast, bila baby ransang,susu akan terhasil sedikit demi sedikit.
memerah semasa kandungan berusia 8 bulan tidak digalakkan kerana ia akan menghasilkan satu hormon yang boleh merangsang contraction, memerah selepas 9 bulan @ 36 minggu jika perlu.

izzah azfar said...

lagi maklumat tentang susu disini : http://www.diyaluna.com/diary/2011/01/26/persediaan-penyusuan-untuk-kelahiran-secara-caesarian/

wawan said...

HEHE! Lepas baca blog FarahKeifli >>> http://www.farahkeifli.com/2011/12/perlu-ke-beli-breastpump.html

Sebab tu la sy risau sy mcm xde susu lg =P Tp sy pun xsure sangat bulan ke bp dia post entry tu HEHE

izzah azfar said...

wawan : mengikut teori, 90% wanita selepas melahirkan boleh ada susunya, janji ransang kerap melalui penyusuan secara direct.

pump kalau adapun bagus, contoh bolehh buat tandem pump masa baby lepas nyusu ke..

emm, kena buang jauh2 kalo susu takde tu,sbb rasa itulah yg buat kita gagal menyusukan.

wawan said...

Kak Izzah, tq sebab selalu buat entry pasai nursing ni. La ni Alhamdulillah dah lebih 5 bulan sy bf Hannah. & yang paling best masa keluar ja Hannah dari perut doc letak kat dada, pandai ja dia cari susu =)

Insyaallah sy akan bf dia sampai umur dia genap 2 tahun. Aminnnn

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics