Tuesday, April 10, 2012

Catatan Penyusuan Saya.

dah lama zah tak ambil kesempatan memerah semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam oleh kerana awal pagi sudah bertolak ke pejabat zah makanya zah pun buatlah operasi memerah ni.

Dengan menggunakan Pump Payudara jenama Medela Freestyle yang sudah lama dibeli since anak sulung, proses memerah lebih mudah bagi zah..
mean dimana sahaja dan pada bila masapun, 

Zah juga dah lama tak memerah selama ini, hampir 16 bulan zah hanya amik masa 10 minit untuk dapatkan 10 oz per session.
tapi macam biasa sesuai dengan hormon zah yang sudah berubah, zah saja ambik masa 20 minit untuk memerah.


dan sessi sebelah pagi biasanya dapat begini, alhamdulillah
dalam saat genting masih dapat 12 oz,
untuk mengekalkan 20 oz sehari, zah akan perah 20 minit untuk 3 sesi sehari dengan kuantiti 12oz  - 6oz dan 4 oz.


Selingan : Kakak Irdina yang suka susu bonda. Sekarang apa yang zah buat adalah tidak menawarkan susu dengan kerap, beri masa Irdina minta sahaja, waktu yang biasa dia melekat adalah waktu tidurlah, dari sebelum tidur sampai pagi...

Memang berbeza betul situasi masa dengan akmal dulu, Alhamdulillah, kali ini tidak stress, just go on dgn flow badan dan alhamdulillah, dalam tak sihat ni dengan breast feed zah juga boleh rehat sebenarnya, dapat baring dengan Irdina masa menyusukan dia..so takdelah tak larat sangat...bab letih tu memang 2 kali ganda..so, dengan berbaring sambil menyusukan, keletihan dapat dikurangkan :)

Zah banyak makan benda-benda macam kurma dan kismis, minum air masak..sebab benda-benda lain tak boleh nak ditelan dek tekak..insyaAllah, semuanya ok..

Doakan Zah ye!

Salam Kasih,
Izzah.



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics