Tuesday, April 03, 2012

Bila Si Dia kena outstation

Rasa macam patah kaki..huhuhu
sebab letih nak mengejar feri dan bas ke tempat kerja.

yup, selalunya suami zah jarang out station,
jarang benar dia menerima kursus yang perlu tinggalkan zah dan anak-anak
tambah dengan keadaan zah sekarang ni..
takpelah abang, 2 hari je..
insyaAllah sayang dan anak-anak ok.
Irdina yang manja dengan ayah!
sesekali panggil ayah abang...
beza dengan abang long dia yang panggil ayah dia ayang.

jujur, dia banyak memainkan peranan dalam keluarga kami
kalau dia tak tolong zah dalam banyak perkara
mahu pitam gak zah sorang.
dia juga tak banyak songeh, 
kalau suami jenis yang suka mengarah je,
minta saya buat itu ini dengan dia
memang pening gakla zah ni
hahahha..cuma tang baju je,
selalu zah yang akan sediakan,
yang lain-lain if sempat zah buat, zah buatla... :)



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics