Monday, April 02, 2012

Bercakap pasal rezeki

Alhamdulillah, pekeliling gaji baru penjawat awam dah keluar, ada kenaikan gaji untuk zah dan suami, banyak jugalah...rezeki tu kan? yang penting kenaikan tahunan dan elaun sabah zah bertambah :) - memang rezeki anak-anak betul.

Bila bercakap tentang rezeki, semuanya itu Allah yang beri. Dia sangat tahu kenapa Dia beri lebih dan kenapa Dia beri kurang. Pada zah kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan.

Macam zah, elok je dapat keje ngan bank masa 2009, zah mengandung anak sulung, kemudian zah dapat keje gomen, sekali lagi rezeki berganda. Kemudian 2010, zah dapat Elaun Perumahan Wilayah dan Insentif Wilayah. Lagi bertambah gaji zah, dapat elaun kapal terbang lagi..hehhe so semua tu rezeki. Ni nak naik gaji ni maybe nak dapat rezeki juga ni..hahhaha


Tapikan, ada setengah orang tu suka sangat amik negatif rezeki orang lain. Pada zah sapelah kita untuk persoal apa yang Allah berikan? Doa yang baik-baik sudahlah :) - sebabnya bila doakan kebaikan orang lain, pahalanya akan dapat kepada kita. Allah bila nak balas tu kadang-kadang tanpa sedar.


Anak-anak yang sentiasa membuatkan rezeki bonda dan ayah bertambah-tambah

Menyusukan anak juga satu rezeki dari Allah : Zah sejujurnya sangat-sangat seronok menyusukan Irdina, sehari tak jumpa buat Zah dan Irdina ketagih...hahaha rasanya rezeki Zah menyusukan kedua-dua anak sangat-sangat membantu kewangan Zah dan suami.Alhamdulillah..InsyaAllah, Zah juga berniat untuk menyusukan semua anak-anak kami..

Salam Kasih,
Izzah



5 comments:

Maisarah Zukri said...

Alhamdulillah :)

~najwa~ said...

ooh, zah asal sabah eh..

ciksuen said...

i pon plan nk menyusukan anak i 2 tahun penuh. semoga dimurahkan rezeki susu utk anak kite. amin :)

azura samsuddin said...

zah mmg kampung sabah ke?? parents skrg ni dok sabah jugak ke?? zura lahir je sabah boleh ke dpt elaun sabah+sarawak tu??

izzah azfar said...

azura - cuba cari pekeliling pasal ni, zah mmg orang sabah dan lahir disabah :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics