Friday, April 06, 2012

Anak, Isteri, Ibu, Pekerja dan Pelajar.

Esok Zah final exam, harapnya last dahlah exam ni..tak larat dah nak ngadap modul dan menyiapkan tugasan di saat-sat akhir...huhuhu, kali ini nikmat peperiksaan disertakan dengan nikmat kurang sihat..

Seperti tajuk entry hari ni...ye semua tu zah tengah alami. Bukanlah sesuatu yang mudah dan senang bila sambung study sambil bekerja dan ada anak kecil. Pengalaman study dalam pantang last year masa bersalinkan Irdina dah buat zah rasa senak perut bila nak exam.

Zah tak habiskan lagi modul ni, ada 6 topik nak cover...emm..ingat nak study hari ni masa keje...tapi meeting pagi petang, report nak on the spot..so macam tak boleh je..nampak gaya malam ni jugalah zah bersengkang mata..nasib baik paper tengah hari...so banyak juga masa nak study.

Badan pula rasanya tengah demam ni, bersin ntah berapa puluh kali hari ni..mana dengan seram sejuk giler kat office..dugaan sungguh...but bila masa berlalu nanti tentu zah rindukan saat jadi student.

Untuk degree kali ni zah mmg bergantung dengan diri sendiri. Tak amik letcure,belajar sendiri,siapkan tugasan sendiri dan semuanya sendiri..huhuhu so dengan result yang diperolehi,zah boleh senyum la..tak kisahlah berapapun dapat janji habis degree ni. 

Lega juga sebab dah habis belajar bila anak-anak masih kecil ni, nanti leh tumpukan masa dorang nak sekolah..semalam terfikir dengan umur anak-anak yang rapat-rapat ni, zah kea bersedia bila mereka masuk sekolah nanti, setahun seorang exam..hahaha..

ok tu je nak update.

Salam Kasih,
Izzah.


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics