Sunday, April 22, 2012

3rd Prenancy : Penyusuan Susu Ibu Semasa Mengandung

Alhamdulillah,

Kalau yang sudah membaca blog zah ni..since hujung mac sampailah april ni banyak entry berbaur emosi..maaf, zah sejak disahkan hamil untuk kali ketiga ni banyak benar bermain dengan emosi.

Emosi sebenarnya sangat memainkan peranan, dalam apa jua keadaan...tak kiralah semasa kita sedang menyusukan anak mahupun mengandung. Kini, zah sedang bermain emosi dikala mengandung dan masih pula meneruskan penyusuan untuk Kakak Irdina. 

Dulu, semasa mengandungkan Irdina, Zah juga sangat beremosi kerna hendak memperkenalkan susu lain selain susu ibu pada Akmal adalah sesuatu yang sukar. Kini apabila mengandung anak ketiga, bukan masalah susu pula tetapi Irdina yang sukakan direct feeding dengan bondanya.

Syukur, dengan sedikit persediaan sebelum ini (rajin memerah dan menyimpan bekalan susu perahan), zah disahkan mengandung dengan ada 2 freezer penuh susu perahan, insyaAllah jika digunakan dengan betul (pengasuh diberitahu yang Irdina perlu banyak makan sekarang), susu perahan yang disimpan akan cukup untuk Irdina.

Allah itu sangat adil sebenarnya, dia tahu bila dan bagaima mahu memberikan rezeki pada hamba NYa inikan? terus terang sangat berbeza mengandung dulu dan mengandung sekarang. Barulah Zah rasa mengapa mudahnya menjadi ibu yang mampu menyusukan secara terus berbanding menjadi ibu yang memerah sahaja.

Kalian, tidak salah jika kita memerah sahaja. Itu adalah satu usaha yang kita buat untuk pastikan anak kita menerima susu ibu sepenuhnya.Namun, jika kalian diberikan kesempatan, belajarlah untuk menyusukan secaa terus. Kerana bonding antara bonda dan anak-anak luar biasa rasanya.

Adakah selamat menyusukan anak walaupun ibu mengandung?

Rata-rata doktor akan minta kita berhenti untuk terus menyusukan anak :)
Mereka doktor, dengarkan sahaja kata mereka,
Tapi yang membuat keputusan adalah ibukan?
Jika kita sihat, dan kuat untuk meneruskan kenapa tidak?

Zah ada ramai kawan-kawan yang masih meneruskan penyusuan selepas mereka disahkan mengandung.
Benar, ada sedikit perubahan, ada sedikit rasa sakit, tapi mereka masih tegar menyusukan anak mereka, Subhanallah..kuat benar mereka bukan.
Dari banyak sumber bacaan buku, penyusuan susu ibu adalah selamat seandainya ibu itu tidak berisiko seperti kelahiran pra matang,  Namun, jika berlaku pendarahan misalnya, dan doktor nasihatkan kita untuk berhenti dari bersama suami, menurut laman web ini http://www.llli.org/ , seharusnya kita juga perlu memberhentikan penyusuan kerana penyusuan semasa hamil dan ketika bersama suami akan hasilkan satu hormon oxitoxin yang boleh meransang kelahiran :).

Namun, jika ibu itu tiada masalah seperti yang zah katakan diatas, InsyaAllah penyusuan masih boleh diteruskan. Lagipun untuk ibu yang bekerja macam Zah ni, Irdina hanya menyusu sedikit sedikit sahaja sekita 4 -5 kali waktu malam anggaran 5-7 minit sekali minum...moga segalanya selamat :)

Oh ye, jika anak dibawah umur setahun mungkin kita perlu lihat banyak aspek sebab mereka masih perlukan susu untuk membesar, kecuali anak selepas setahun keperluan makanan, kalori, kalsium dan sebagainya lebih diperlukan daripada susu semata-mata.

Zah sebenarnya sangat suka bila Irdina lebih suka makan dari menyusu ketika siang hari. Alhamdulillah pengasuh juga sangat memahami, kiranya sejak Irdina berusia setahun, susu perahan Irdina hanya habis sekitar 10 oz yakni 2 botol sahaja sepanjang jam 7.00 pagi sehingga 7 malam. Irdina badanyanya gebu dan tidak obes :)..

Cuma Zah perasan, bila zah mengandung dan menyusukan ni, Zah perlu extra tenaga..kena jaga makan dan minum sbb bila cukup time badan mesti menggigil lapar..huhu...

Lagi entry dari kak Suraya Lunatots yang menyentuh penyusuan semasa hamil.
di link ini. Prepartum-Kolustrum 

Salam Kasih,
Izzah
 

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics