Kawan-kawan saya

Thursday, January 19, 2012

Suami : Memujuk Isteri Bila Susu Merudum


Oh ye, masa zah update penyusuan selepas setahun zah tak letak gambar deep freezer,
semalam suami pujuk zah sebab zah kata seminggu ni
susu merudum sikit..maybe sebab kesihatan yang turun naik
sakit gigi pulak tu..banyak makan ubat tahan sakit..
dia hanya kata..syukurlah sayang
cukuplah susu untuk anak-anak tu
kat rumah banyak lagi..
 Freezer kedua yang masih padat dan penuh

freezer pertama yang sudah berkongsi dengan stok AYAMAS :)

Kalian,

Susu ibu ada kalanya turun dan naik
semalam zah ada baca satu entry dari teman blogger
yang zah sangat suka

jemput baca entry di blog ini - 

.milk booster - is there any really?.


sebab entry itu simple dan minta kita sebagai ibu berfikir dengan betul
dalam membuat keputusan
tak kisahlah bab pemilihan jenis pump
pemilihan milk boster dan sebagainya

zah sangat setuju sebab badan setiap ibu itu berbeza..
kalau kalian baca fakta dari Kellymom.com ini lagi best
sebab semua cadangan untuk menambahkan susu badan sangat menarik
malahan, penggunaan kekerapan memerah dan milk boster (galactagogue) sendiri adalah jalan terakhir yang dicadangkannya.

Apa yang dicadangkan di Kellymom.com ?

Pastikan anak/bayi menyusu dengan betul, lihat posisinya, lihat lekapannya, 
lihat masanya dll ...

Menyusu dengan kerap, BF on demand, tiada jadual waktu

Bercuti...seronok sangat sebab kita akan banyak masa dengan bayi, bayi akan menyusu dengan kerap dan kita akan banyak buat sentuhan-sentuhan dengan anak semasa sesi penyusuan yang mana sekaligus percutian ini dapat menambahkan susu ibu..insyaAllah

Pastikan anak menyusu sepuasnya pada satu payudara dan jika anak mahu lagi barulah tawarkan satu lagi payudara supaya anak boleh dapat hindmilk dan formilk dari susu ibu.



Maksudnya, tawarkan posisi-posisi penyusuan yang berbeza dan tidak sekadar tumpu pada satu payudara sahaja..mean, kita akan ransang susu yang bakal terhasil dari kedua-dua kilang susu.

Selalunya, ada ibu yang perkenalkan putimg tiruan kepada anak/bayi dan juga gunakan botol..bila bayi menyusu guna botol dia sudah selesa dan bila bagi terus ada bayi yang tidak puas..menyebabkan penyusuan secara terus itu tidak berlaku..
untuk tambahkan susu,cadangan utama di atas dah bgtau bahawa banyakkan sesi menyusu dengan anak dan cuba untuk tidak beri anak botol sepanjang sesi itu..

Only breastmilk - sebab bila kita rasa susu tak cukup, kita pula ada sediakan FM misalnya..makanya sesi untuk menyusu secara terus itu sudah dikurangkan?

Mak kena sihat, susu sikit mak stress,makanya? makinlah susu tu sikit
macam zah sekarang, susu sikit, tak sihat pula tu...lagilah susu kurang..sebab tu suami minta zah jangan stress...jangan fikir sangat dan dia mahu zah bertenang..

baru dicadangakan untuk tambah sesi memerah
jika biasa buat 3 kali, tambah kepada 4 kali misalnya
ikut keselesaan ibu
power pimping tu pun sama
nak buat boleh,
tp ibu tak boleh stress
tak boleh fikir banyak sangat susu
just buat, bertenang
dan InsyaAllah adalah hasilnya nanti.

ini yang terakhir..kenapa? sebab milk boster ini berbeza mengikut individu..
dan milk boster hanya akan berkesan jika ia disertakan dengan pengosongan payudara secara berkesan sama ada melalui penyusuan secara terus mahupun memerah


Anda pula bagaimana?
saya sudah setahun sebulan lebih..
corak penyusuan Irdina memang berubah
di rumah pengasuh 15 oz sahaja sekarang
sudah 2 minggu begitu
dia banyak makan tetapi bila balik rumah

kadang-kadang tak sempat-sempat atas moto dah minta nak susu
ni gambar semalam
naik keta je tak lepas sampai jam 8.00 malam
sejam melekat dengan bonda
kira dia menyusu 45 minit jugalah..

hobi menggigit tu masih ada..
hehehe...
tapi bonda macam dah mangli :p
harap bonda bertahan sampai 2 tahunlah ye Irdina

impian saya mahu tandem nursing while pragnent :p
and breastfeeding baby and todler..
hahaha...angan-angan tu..

Maaf..rasa mcm tajuk entry tak sama dengan isi..hehehe

salam kasih,
izzah

4 comments:

arnie said...

45 minit.. woo.. lamenye.. anak sy hisap kejap2.. tp byk kali.. hehehe..

wan nurul hezrina said...

kadang sofiapun mcm2.suka wat kita mcm nak tido tunggu dia isap=)alhamdulillah moga allah permudahkan segala urusan.ameen

surijunior said...

Semoga semuanya pulih seperti sediakala. Kadang-kadang benda terjadi supaya kita lebih dekat dengan Allah. Sama-sama kita pastikan emosi yang stabil & pemakanan yang sihat dengan memenuhi keperluan zat & nutrien tubuh.. happy breastfeeding!

farihah
SHAKLEE Independent Distributor

surijunior said...

oh ya, boleh juga cuba powerpumping :)

http://www.surijunior.com/2011/12/power-pumping.html

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics