Kawan-kawan saya

Monday, July 18, 2011

Cerita pasal Breastpump : Medela Freestyle

Saya seorang ibu yang bekerjaya - kadang kala saya perlu out station dan terpaksa meninggalkan bayi bersama pengasuh. Malah dengan jarak antara rumah dan pejabat yang mengambil masa hampir 1 jam untuk balik tidak memungkinkan saya untuk balik dan menyusukan anak...Malah, saya juga kadangkala perlu menghadiri mesyuarat dan kerja luar - Pendek kata, saya bekerja, persekitaran yang tidak membolehkan untuk saya menyusukan anak secara terus telah menyebabkan saya memilih untuk menggunakan pam payudara - bagi memerah susu untuk dua orang buah hati saya :).

Peringatan kasih sayang - Penyusuan Susu Ibu tidak memerlukan kita untuk berbelanja besar untuk setiap anak-anak, namun demikian untuk memudahkan penyusuan itu diteruskan, dengan adanya teknologi kita sebagai ibu lebih mudah bukan? : Jika mahu ukur dari segi ekonomi : dan dilihat dari sudut saya dan suami yang bekerja : Ya Penyusuan Susu Ibu - sangat-sangat menjimatkan kami berdua.

Hari ini saya mahu kongsi tentang breastpump / pump payudara yang saya pernah gunakan dari anak pertama sehinggalah anak kedua...bermakna selagi saya menjaga pam-pam yang saya pernah ada saya boleh gunakan insyaAllah sehinggalah anak ke sepuluh pun :)



Medela Freestyle saya beli semasa bulan ke 8 iaitu semasa menjadi pengepam tegar semasa anak pertama..tika itu,zah terfikir nak beli Medela Freestyle bila BP utama zah iaitu Spectra 3 masuk wad..hehehe..pada awalnya memakai BP Medela Freestyle zah rasa ala..nape hisapan dia ni tak kuat sangat - tak best...zah guna level paling tinggi tau..maybe sebab dah biasa pakai Spectra 3...

Jadi FS zah selalunya akan guna masa zah kena kursus,out station,dalam keta,masa bercuti dimana keadaan persekitaran yang menyukarkan zah untuk menggunakan Spectra 3...ya walaupun tak berapa puas guna Medela FS ni tapi zah still teruskan sebab Medela Freestyle banyak memudahkan zah.

Selepas anak kedua lahir, zah mula mengepam pada hari ke 3 untuk tingkatkan pengeluaran susu,tambahan pula bila Irdina kena jaundice, jadi dia perlukan susu untuk menghadam dan mengeluarkan kuning tu dari najisnya...ya selain penyusuan secara terus,zah ada bagi susu perahan gunakan picagari masa zah exam je. 

Oh ye - kali ini sebab zah dah mulakan dengan fs dulu zah hanya guna Level 5 untuk mengepam berbanding masa pengalaman pertama yang gunakan Level 9 : zah hanya ambil masa 10 minit untuk mengepam kedua belah payudara berbanding masa anak pertama yang mana zah gunakan 20 minit untuk mengepam kedua belah payudara.

 EBM yang diperah selepas menyusukan Irdina
Zah jarang sekali tengok berapa output hasil susu yang diperah
Zah mula dengan sedikit..dikit..
orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan?
 Sehinggalah zah boleh stabilkan output susu.
Didalam pantang, susu memang meriah - janji rajin dan utamakan direct feed. Walaupun zah memilih untuk mengepam/memerah selepas hari ketiga melahirkan, zah lebih utamakan penyusuan secara terus. kerana itu lbih utama...pada zah rahsia penyusuan ni mudah : ciptakan permintaan dan akan dapat penawaran susu yang sepatutnya.
Memerah ditengah malam antara jam 12 ke 6 pagi juga sangat membantu.
Zah amalkan memerah diwaktu dari usianya seawal sebulan sehinggalah dia berusia 6 bulan.



Pada zah, jenis pump apapun yang dipilih oleh kita bukan faktor utama susu akan terhasil dengan banyak, Medela Freestyle sangat membantu zah bila zah sibuk menguruskan anak-anak pagi-pagi. Zah biasa meng 'iron' baju masa pagi-pagi sambil mengepam memang dah rutin zahlah..sambil masak bubur..sambil masak mengepam kehulu kehilir...kira FS memudahkan zah sangat..kuantiti susu pula bukan bergantung pada jenis pam yang zah gunakan tetapi ia bergantung bagaimana zah mencipta permintaan terhadap susu itu.Untuk seorang sahabat yang mengirimkan sms pada zah - ros : kuantiti susu berbeza selepas menggunakan FS - mcm zah yang zah jawab dr sms tu...zah katakan pump bukan punca susu banyak ye...pump pun kena amik masa untuk berkenalan..lama-lama serasilah...ada yang 2 hari dah boleh serasi,ada yang 2 minggu ada yang dua bulan..tak tentu..janji kena teruskan usaha untuk mengosongkan payudara tu...insyaAllah tenanglah untuk mendapatkan hasil susu yang cukup untuk anak kita.

Lupa pula :- Kos untuk menggantikan spare part FS seperti breast shield dan medela spare part kits adalah menjangkau RM150 - setakat ini zah baru ganti 3 kali sepanjang gunakan FS, bateri pula ada kawan bgtau bahawa jika perlu diganti ia bernilai RM400 dan jika mahu tukar tube ia bernilai RM50 = Tapi zah belum ada pengalaman tukar tube dan bateri...FS ni cara dia mengosngkan Cik B macam baby - so agak mahal harga dia tp berbaloi-baloi juga sebenarnya..Macam keretalah,kalau naik Honda mesti rasa lain bila naik Wajakan?


saya irdina yang hampir 8 bulan menyusu secara terus tika bonda bersama dan menyusu guna botol masa bonda kerja :) - alhamdulillah saya masih beri yang fresh hari-hari pada Irdina dan EBM pula saya bekalkan pada abangnya..

Pesanan saya : jangan bandingkan kenapa susu saya banyak,kenapa susu ibu itu sikit - setiap ibu ada banyak perbezaan, kajian mengatakan yang kita perlu bekerja lebih untuk mendapatkan susu yang cukup untuk anak kita -zah juga pernah menangis,mungkin kali ini Allah mudahkan perjalanan penyusuan zah...apapun jangan mengalah - teruskan usaha ya..

* dapatkan Medela Freestyle secara ansuran di @ RNA Kids Enterprise - www.lovekiddos.blogspot.com *

Salam Kasih,
Izzah

6 comments:

Riny Fadzill said...

sangat menaikkan semangat. Rasa x sabar nak menyusu anak no.2 ni. Thanks akak. By the way, akak ipar riny dah sarat n dia plan nak beli fs tp secara ansuran. Bleh recommend nanti.

deena awanis said...

baca blog kak izzah selalu buat dina rasa lebih semangat nak teruskan bf rafique..keep writing those post..kalau ada rezeki in future nak gak FS..cite laa sikit bayaran ansuran tu macam mana??berapa lama??

Angah said...

angah ada tulis pasal beza fs n modu juga review modu kat blog. pilihan pam adalah berdasarkan corak penggunaan. kalau kerja kat opis je tak pegi site/outstation spectra pun dah berbaloi beli..

sofea fayyadh said...

Salam sayang buat Izzah.
Saya setuju, mahal atau tidak pam itu bukan jaminan susu akan keluar banyak atau sikit. Saya akhirnya mengalah daripada BP Spectra 3 kepada Avent Manual yang banyak berjasa. Mungkin Spectra 3 tidak serasi dengan saya. Sekarang hanya Avent yang setia berkhidmat.

Lagi satu, kadang-kadang tergugat juga bila susu orang lain banyak, kita pun sikit saja. Tetapi bila baca blog Izzah saya mendapat suntikan keyakinan yang baru. Bukan kuantiti yang diutamakan tetapi kualiti susu yang dihasilkan dan kerajinan kita sendiri boleh meningkatkan kuantiti susu itu sendiri.

Terima kasih Izzah.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

wah best dapat susu banyak macam tu setiap hari :)

Noor Azlina Redzuan said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics