Kawan-kawan saya

Thursday, May 23, 2013

Part 8 : The Journey Of Breastfeeding Mother : 6 bulan Penyusuan Susu Ibu Esklusif

Alhamdulillah,
perjalanan penyusuan 6 bulan hampir mencapai target jangka pendek.
yup, bila kemahuan itu..keinginan dan impian dilaksanakan bersama usaha
bukan sekadar kata MAHU tanpa sedikit USAHA
Zah berjaya menyusukan Qaireen Amani dengan susu ibu sepenuhnya.
Pada 6 bulan pertama Qaireen Amani di dunia ini.
Alhamdulillah.

Senangkah perjalanan kali ketiga?
Bagi Zah....perjalanan kali ini tidak sukar, tapi ada sedikit kesulitan yang perlu dihadapi juga sebagai ibu :)
Benda pertama yang perlu dilalui adalah KUANTITI susu perahan.
Zah sangat akui, kuantiti susu perahan semasa dengan Aqilah Irdina dulu
sangat banyak, cukup 3 kali di pejabat, 
Zah dah boleh dapat bawa balik30-40 oz.
Hampir setahun juga.
tapi masa tu, ebm (susu perahan) Zah diperlukan oleh dua orang
anak sulung masih menyusu menggunakan botol
jadinya Zah perlukan lebih.

Kali ini, 
Zah masih juga menyusukan dua orang
bezanya secara terus,
Menyusukan kakak pada waktu malam dan hujung minggu bersama-sama dengan adik amani.
kakak menolak untuk minum susu perahan dalam botol...hihihi
dia tau itu susu mama dia....
but she okey je...bila menyusu secara terus
siap kata sedap lagi...hihihih
hasil 4 kali dipejabat - masih mengekalkan 30-40oz sehari dengan 4 kali sesi memerah

di Pejabat pula,
momentum untuk memrah 4-5 kali masih ada.
Alhamdulillah,
syukur kerana yang penting SEMANGAT mahu menyusukan Amani dengan susu ibu.
mahu Amani hanya minum susu sahaja sehingga enam bulan masih kental.
benarnya...menginjak bulan ke enam menyusukan amani..
Zah sudah jarang mengambil gambar susu perahan.
tiada yang LEBIH.
semuanya masih sama.

hujung minggu lepas.
corong medela freestyle tertinggal di pejabat.
teringat akan teman lama yang elok simpan dikotak
sudah menghampiri usia 4 tahun dia
Spectra 3 - masih berfungsi dengan baik.
Alhamdulillah.

dan inilah hasilnya.
sebelah sahaja dan masih boleh dapatkan banyak ini
walaupun kini Amani menyusu sangat KERAP diwaktu malam
tidur sudah tidak lena hampir 2 minggu akibat Amani menolak minum melalui botol di siang hari.


ada orang kata susah mahu menyusukan anak.
ada orang kata kan senang susu formula je
ada orang kata - alah beria-ia dengan susu ibu tp anak disogokkan dengan makanan lain.
ada orang kata ala obses sangat..

apapun orang kata, saya tahu...
amani sangat sukakan susu bonda.
bukan sedikit yang bonda lakukan untuk pastikan amani berjaya menyusu
bukan sedikit aura positif yang bonda letakkan masa amani kurang menyusu semasa lahir

InsyaAllah lagi 3 hari..genaplah penyusuan amani menyusu 6 bulan secara esklusif susu ibu.
Terima Kasih Allah.

Wednesday, May 22, 2013

Home Sweet Home : Pengalaman Cuci Rumah Baru

Satu je yang dapat digambarkan PENAT.

tapi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan keterujaan tu Allah je yang tahu.

hihihi dengan ada baby lagi, baby jaga je kena kendong,

nak letak bawah takleh sebab lantai kotor, jadi seharian juga dukung amani

kecuali masa amani tido.

Yang banyak buat kerja adalah En. Suami tersayang tulah.

masa hari dapat kunci grill dari kontraktor. - perasaan? seronok..hihihih
orang lelaki la yang sibuk benda teknikal ni...
orang perempuan macam bonda, aqilah dan amani
sibuk dengan deco2 je la ye...

Alhamdulillah,
kitorang dapat kunci rumah pertama ni 
masa ulangtahun perkahwinan ke 6 februari lepas.
bila tanya hubby nak bagi hadiah apa kat Zah.
dia bagi surat..hihihi
tapi sebab kelewatan dari pemaju baiki beberapa kerosakan kecil
dan pemasangan paip air yang sangat lambat
sampai suami terpaksa bagi surat nak buat sendiri
dan segala kos pemaju perlu tanggung
makanya..kerja-kerja pemasangan lampu, grill dan lain-lain
sedikit terlewat.
kiranya dekat dua bulan jugalah baru semua selesai.
sekarang depa dok hutang dengan husband duit lagi.
emm tunggulah husband bagi surat saman kot baru dapat :p
ok back to story.

Oleh sebab rumah ni kami tak berniat nak duduk,
takde kerja-kerja ubahsuai yang akan dibuat.
just pasang grill, pasang lampu, kipas dan juga air sahaja.
semuanya selesai sebelum pilihanraya hari tu.

makanya, minggu lepas kitorang berniat nak cuci rumah.
suami pun ajak anak-anak untuk sama-sama
belajar cara cuci rumah yang betul :)

Lega sebab Amani dah baik dari demam campak - bangun awal dan gerak ke rumah baru :)


Risau juga demam campak amani tu buat dia meragam ke apa ke..
takut dia tak biasa dengan persekitaran baru.

tapi elok je sampai rumah baru, bonda bag  mandi...masuk buai...dan-dan dia lena....

orang yang paling sibuk tolong bonda dan ayah cuci rumah adalah abang long raziq akmal dan kak ngah irdina.
sekejap cuci bilik, sekejap cuci ruang tamu
sekejap kedapur..hahahaha dorangpun seronok sebab pertama kali dalam hidup buat benda ni :)

Qaireen Amani pula - lepas dah puas tido....bonda dan ayah tak siap lagi cuci rumah.
jadinya..kerjanya kena kendong jelah..diapun seronok..sebab sat-sat bonda boleh dukung dan susukan serta merta.
cuma untuk budak yang dah sedikit aktif yang dah pandai nak menjulur, merangkak ni..
kekadang dia protes juga..hihihi
bila protes, bonda susukan dan masuk buai balik....:)


anak-anak yang kepenatan cuci rumah,
kitorang dah luch sebelum mula kerja...
rasanya masa ni dalam jam 3-4 petang...makan roti canai depan pintu dengan baju basah..hahahha
lapaq sangatlah tu....
Aqilah dan akmal entah berapa kali jatuh, licin...tp bila hilang sakit...
main air balik..sampai kecut tangan kaki
dan bila dah tak larat sangat mereka serndiri yang minta nak mandi.
tukar baju semua...
masuk bili yang dah kering dan tido :)

semua pakat dah penat, akmal memang letih sangat..
aqilahpun...hihihi sibuk nak susu mama
adik..lepas dapat guling-guling ngan abang...baru sambung tido.
adik hari tu..tido 3 kali kat rumah baru..
senang tido mean rumah ok :)
alhamdulillah.

malamnya, lepas selesai semua..
zah ajak En. Husband makan sebelum balik umah lama.
tanya akmal nak makan apa
dia kata nak sate.
so kitorang g makan satey,
semua pakat takom nasi...
order sate, nasi impit dan otak-otak.
air pun sorang secawan..hihihi

Suami adalah yang paling penat,
kesian dia....hihi sakit pinggang katanya
Zah pula sakit kaki...kecut kena air lama kot.
anak-anakpun penat...
elok je lepas makan...balik umah semua tido awal...
termasuklah amani.

Hari kedua - ahad tu..kononnya
suami nak cabut rumput kat tanah depan dan belakang..
tapi lepas makan nasi bungkus...
anak-anak mandi...
semua pakat tido...
bentang toto je pun..hahahaha
sebab rumah baru kot
taman baru
so tak bising
dari ayah, mama, akmal, aqilah dan amani
pakat tido dari zuhur sampai petang hari...
memang puaslah...
takde buat apa-apa hari tu..hihihi
semua sakit badan.
nasib rumah kecil..
kalau besar
tak taulah camner.
apapun
Alhamdulillah.

~ insyaAllah next step : masuk perabot untuk penyewa pula ~



Tuesday, May 21, 2013

Nurul Qaireen Amani dan Campak Kecil.

Hari isnin.
Benda ni berlaku rabu lepas.
Sebenarnya Amani demam on off sejak rabu yang Zah cuti tu.
tp bila ke klinik, doktor kata tak ada yang perlu dirisaukan
sebab amani masih aktif dan masih kuat menyusu.

kesian sangat tengok amani masa ni...badan dia nampak lemah..dengan panas lagi..
campak belum keluar.

Hari Selasa.
lepas tu bila balik dari Bera,
Amani duduk dengan pengasuh
dia mula meragam balik.
susu dalam botol tak nak minum.
Zah nak bawa ke hospital
tapi masa sampai, hospital terlalu ramai orang.
so kitorang singgah farmasi dan beli paracetamol untuk baby
cuma tak sempat bagi, sebab tengok amani tido lena...kesian nak kejutkan.

Amani tidoq sambil garu-garu mata..
gatai kot...cian sangat tengok dia masa ni


Hari Rabu.
Esoknya, pengasuh call husband,
kata Amani tak nak duduk.
rupanya..dia kena campak...
badan dia merah-merah
kuar semuanya...kesian sangat
sebab kakak dan abang dia dulu tak teruk sangat
Amani masih kurang menyusu.
Guna susu botol tak best kot...
tapi bila bonda balik.dia akan menyusu dengan sangat kerap
Alhamdulillah, bonda dan ayah sempat ambil daun bambu dan air penawar dengan ustaz
daun bambu letak kat tempat amani tidur
air penawar buat amani mandi.

Daun yang digunakan untuk buang miang gatal kena campak.
ada orang yang guna untuk mandi pun boleh, blend ke..ramas2 ke..mandikan anak..

zah letak bawah kain batik je..alaskan amani tido.
petang tu Zah lalukan daun ni kat badan amani
diam jugalah amani..sampai tertido...






Hari Khamis.
Amani dah semakin beransur pulih,
campak dah kuar sampai ke kaki
tapi memang tebal campak amani kali ni.
dengan cuaca panas lagi.
luluhkan hati ibu bila lihat anak sakit?

kesan-kesan campak kecil...ada sikit2 je lagi.

Hari Jumaat
Alhamdulillah, 
Amani dah aktif.
merah-merah kat badan dah kurang
ada sikit kat muka je
muka putih,
bila ada merah2 memang nampak sangat kan?

Hari Sabtu dan Ahad.
Amani dah sihat
syukur,
siap tolong bonda dan ayah cuci umah baru lagi.
doa bonda
amani akan terus sihat
kuat menyusu balik.
baru badan tu tak surut.

tengok amani dah senyum macam ni memang senang hatilah.
harap dia akan terus sihat.
InsyaAllah.

Monday, May 20, 2013

Cerita cuti seminggu awal Mei lepas - Fela Bera Selatan

Walaupun dah lama dah berlaku,
tapi tetap nak story mori juga :p
Pengalaman travel dengan tiga anak kecil yang mendebarkan..
hahahah...

5/5/2013 - tarikh keramat sebab pilihanraya.
Zah dan suami awl pagi dah bangun p beratur..tunaikan tanggungjawab.
jari belah kiri, jari husband...jari belah kanan jari zah...
dakwat yang kekal sangat :p

Lepas mengundi...zah dan suami ambil anak-anak kat rumah pengasuh,
depa siap dah mandi dan pakai baju baru.


kenangan yang tak boleh dilupakan semasa nak bertolak ke Pahang adalah
kereta tetiba tak sejuk.
Aircond macam kuar angin je..
wah...suami kata kita patah balik,  tukar keta sebijik lagi.
sebab hari tu kan hari cuti..mana ada kedai nak buka.

elok kai patah balik...
tetiba keta tak leh jalan...
rupanya air kering...emm en husband tersayang tak tutup rapat tempat letak air tu..
berpeluh juga kami nak patah balik umah..
ingat memang kena tukar keta lain dah...

amani debam yang dah berpeluh sakan masa ni...
 lepas kereta dah ok,
kitorang gerak dari Penang dalam jam 12.00 tengah hari..
kali ni merupakan perjalanan pertama Amani ke Pahang
dia punya la aktif dalam kereta.
Allah je tahu.
memanjatlah
berpusinglah.
abang dan kakak dah lena dah dalam kereta.


benda paling zah tak leh lupa bila susah sangat Amani nak tido.
Zah letak dia dalam ring sling sambil susukan dia
lenalah dalam sejam..
pastu dia jaga balik....pergh..menangis yang tak boleh tahan...
Amani tak tido dari Behrang sampailah nak masuk lebuh raya karak baru dia lena.

Seminggu bercuti kat rumah ibu kerja Zah memang belek anak-anak je.
Akmal dan Aqilah seronok main atas rumput,
mandi kolam dengan ayah su dan opah yang ikut je kehendak.
janji opah kata jangan nangis.
masa ni..husband kursus seminggu kat tg. malim..tu yang Zah balik umah ibu..amik kesempatan :)


Sepanjang bercuti..
amani sangatlah suka dikendong, dipeluk
tambah pula bila kat sana kebetulan amani demam panas.
tetiba je..mungkin sebab cuaca yang sangat panas kat Bera.
emm...apapun memang best bila balik umah mak..
keje makan tidoq ja..hihihi
sendiri rasa badan dah naik...tu seminggu tu..kalau sebulan, apala rupa Zah ni..hihi

 Seminggu balik,
Opah hadiahkan cermin mata baru..hehehe
yang boleh hitam masa panas
pastu tukar putih masa sejuk.
Jakun sat...hahahha


tapi benda paling best masa duduk ngan ibu adalah makan.
apa je yang Zah nak semua dapat.
salah satu makanan dari sabah ni.
kenal tak?


nama dia LATOK.
cuci bersih, letak bawang., cili padi, limau...perasa sikit...pergh mmg sedap.
ayah Zah balik mengundi kat Sabah..
tu yang dapat rasa makanan laut segar dari sabah ni.

Ayah belikan Ketam juga...masak lemak cili padi.
Akmal yang makan beria..huhuhu Zah ngan opah dia makan seorang sebelah je...kemain akmal tu.


tapi yang sangat sedap makanan laut dari Sabah adalah Udang..
pergh...memang manis...opah goreng macam tu je tau!mana tak gemuk. 


 Cukup seminggu, Zah balik - sedih juga tinggalkan ibu seorang kat kampung...
takpelah..lainkali ada masa cui lagi :)
thanks opah...sebab sudi layan kami anak beranak. 

hadiah hari ibu - ibu saya yang sihat, suami yang baik dan anak-anak yang bijak pandai :)


Alhamdulillah, perjalanan balik dari Pahang ke Penang tak rasa penat sangat sebab elok je keluar dari rumah opah, Amani tido sampai KL, Akmal dan Aqilah pula tido dari temerloh ke Behrang. Kitorang just singgah kat Sg. Perak..makan bekal yang opah masak...sejujurny, perjalanan dengan tiga anak kecil sedikit mencabar jika anak tak sihat, kalau anak sihat...takde masalah.

Pesanan Penaja : Ambil cuti jumpa mak ayah yang jarang dilawati akan buat ibu ayah kita tersenyum. Mak Zah sanggup ambil cuti seminggu gak...hihihi memenuhkan permintaan cucu dia yang tiga orang ni....

Friday, May 17, 2013

Nurul Qaireen Amani dan botol susu

Penangan cuti ngan bonda 11 hari...

Awal mei ritu...zah cuti panjang :)...balik kampung...makanya Amani hanya menyusu secara terus dengan bonda...takdenya amani pandang botol..huhuhu..bila nak balik kerja..amani pula demam on off..cian dia..terusla kurang menyusu masa dengan pengasuh....

rasa sayang je bila petang ambil amani susu banyak ni kena buang.

kalau hari biasa amani boleh habiskan 15-18oz sehari...dah dua hari ni Amani hanya habiskan 5-6 oz sahaja...sikitkan? perlu tak risau?

zah pasti ramai ibu yang akan risau, tapi amani sangat aktif menyusu secara terus waktu malam...ambil je dari rumah pengasuh, bonda hanya sempat mandi dan solat magrib isyak yang pendek..makan pun kekadang terlajak ke tengah malam...layan amani menyusu punya pasal :)

Jadinya...zah rasa tiada apa yang perlu dirisaukan. Kadangkala ada baby yang kena growth spurt, ada yang tak sihat, nak menyusu guna medium lain maybe tak selesa,...selagi baby aktif, tak tunjuk kurang air tak perlu risau. dengan syarat dia tetap menyusu waktu malam dengan kerap.

Apa yang perlu ibu perlu berkorban untuk bangun tengah malam menyusukan anak. Zah ni dah dua minggu, tidurnya tak lena :)

Apapun, Zah harap pengorbanan ini berbaloi.

Salam Kasih,
Izzah.

Wednesday, May 15, 2013

Susahkah Menyusukan anak dengan Susu Ibu?

Amani terlena dalam Ring Sling selepas kenyang menyusu - JUSCO Perda

Zah jawap tak susah dan sukar bila ada ILMU.

dah selalu sangat menulis tentang susu ibu.
dah selalu sangat beritahu kenapa Zah memilih susu ibu.
orang lain Zah tak tau
tapi bagi zah dan suami
kepuasan ada bila anak menyusu.
seronok dengar bila suami kata
wah banyaknya susu mama. 

Seawal mengandung apa ilmu perlu tahu dan belajar untuk memudahkan penyusuan....

  • Penyusuan dijam awal kelahiran. Pastikan baby bersama ibu untuk ibu dan baby mengenali diri masing-masing. Sebenarnya, bila lahir baby dah tahu bagaimana hendak menghisap (latching) dengan betul. Tapi ada juga baby yang perlu kita ajar cara menyusu. Supaya kita selesa dan baby selesa. 
  • Posisi penyusuan yang selesa akan membantu ibu lebih mudah semasa dalam proses mengenali bayi. Zah pernah jumpa ibu menyusu sambil bersila sedang masa awal-awal jam pertama, kalau tak jaga betul-betul tempat baby keluar tu...ibu akan rasa tak selesa lagi lama. Menyusu secara berbaring juga akan memudahkan ibu yang berpantang, cuma kena berhati-hati jangan tido lena sangat kang terhempap baby. Minimakan bantal or selimut sekitar ibu jika tido atas katil bersama.
  • Kenali dan fahami mana satu MITOS PENYUSUAN dan mana satu MASALAH PENYUSUAN
  • Jangan tunggu baby menangis baru susukan baby. menangis tu tanda terakhir. Sebaiknya, elakkan terlalu bedungkan baby..sbb bila baby dibedung kita tak tau tanda dia lapar. Cth tanda bayi lapar dia akan gerakkan anggota badan spt kaki, kepala dan tangan...bila ibu tak respond dia akan nangis. kalau bb nangis gak...redakan tangisan baru offer.
  • Orang kata, susah nak tido semasa baby tido. Satu cara nak tido masa baby tido adalah menyusukan baby dengan susu ibu...hihihi tido berkualiti tak perlu lamapun, dapat lelap 10 minit leh bangun dengan segar bugar dah..tak caya? cubalah...
  • Walaupun kita dah ada kemudahan seperti breastpump - mohon untuk tidak berikan baby terlalu awal susu perahan menggunakan puting tiruan. Karang kalau baby mula keliru puting susah kita. Dah dua anak zah yang dapat menyusu direct tanpa bantuan puting tiruan, tidak menghadapi masalah sepanjang berpantang, tidak keliru puting berbanding abangnya yang hari pertama - hari ketiga sudah jumpa puting botol dahulu.
  • Percaya atau tidak, ibu yang kuat dan mahu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh akan dipermudahkan perjalanannya oleh Allah. Jadi kuatkanlah semangat. Jauhi mitos-mitos penyusuan yang akan mengganggu proses perjalanan sepanjang menyusukan anak ni. Jauhi aura negatif dan ambil aura positif. InsyaAllah. DIA akan sentiasa bersama hambaNYA yang berusaha.   
  • Dan sesungguhnya...menyusukan anak itu tidaklah sesukar mana...ibu ikutlah flow badan sendiri, keperluan anak sendiri dan jangan sesekali bezakan badan kita, susu kita, anak kita dengan orang lain. Ambillah aura positif sekeliling anda...percaya pada diri dan yakin dengan Allah. InsyaAllah..menyusukan anak tidaklah sesusah mana, hanya perlu sedikit pengorbanan yang anda tak akan rasainya jika tidak laluinya sendiri.
Salam Kasih,
Izzah

   

Tuesday, May 14, 2013

Aqilah Irdina penawar duka ayah :p

 Dah buat entry pasal amani dengan ayah.
akmal dengan ayah.
hari ni aqilah irdina dengan ayah pula :)
baru adil dan amanah gitu :p

Amani dengan ayah macam belangkas.
sejak bonda ada adik,
banyak masa bonda dengan adik
Aqilah ok je dengan ayah
yup,
ayah peluk bagi tidur pun ok
ayah mandikan pun ok
ayah tukarkan lampin kain pun ok
takdelah nak bonda je..senang hati bonda.
bak kata ayay, masa kecil ditimang ibu
bila dah berhenti menyusu ayah timang takpe :)


Takde pula gambar aqilah dengan ayah yang elok,
terjumpa gambar ni.
Aqilah sangat manja dengan ayah
Ayah pula pandai ambil hati Aqilah
selalunya ada permintaan Aqilah yang ayah ikutkan
tp bila ayah tak turutkan, Aqilah akan buat muka muncung mata ke atas
merajuklah kononnya.


Aqilah Irdina ni sangat lasak budaknya
seorang yang banyak cakap
dan mudah diatur.
kiranya sekarang, kalau bonda dah tidur dulu dengan adik
dia ayah yang akan uruskan.
Alhamdulillah, mudah sangatlah.
kekadang rasa juga sedih
bila terjaga tengah malam
tengok elok je aqilah dengan akmal tidur bersusun.
ayah yang urus.
tq ayah sbb bantu urus aqilah ye.

~ masih dalam proses potty training, hujung minggu tak cukuplah kena cuti seminggu juga baru selesai kot ~

Monday, May 13, 2013

Dua Lelaki Penting dalam hidup saya : Suami dan Anak Sulung Akmal

Saya akui mereka berdua adalah teman suka duka saya sejak 
bergelar isteri dan ibu :)

Dua Lelaki Penting Dalam Hidup Saya

Saya pernah bergaduh dengan mereka berdua,
saya pernah bermasam muka dengan mereka berdua,
saya pernah menangis kerana mereka berdua,

Tapi mereka berdua jugalah yang buat saya ketawa
mereka berdua jugalah yang buat saya bahagia dunia akhirat
mereka berdua juga yang buat hidup saya sempurna

Suami,
Kamu pelengkap hidup saya sebagai isteri.
Selalunya akan jadi teman mendengar yang baik
selalu bersama bila saya menangis kerana dugaan dunia.

Akmal,
Awak lahir dan mengajar bonda jadi lebih kuat
jadi seorang yang tahu dan perlu belajar jadi seorang ibu
kamu anak pertama dan lelaki yang sangat kuat dalam hidup bonda
Semoga kelak, kamu jadi orang berguna dunia akhirat.
InsyaAllah.


Kalian bagaimana?
Lelaki hebat dimata anda siapa pula?           

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics